cinta dalam iSLam...

Kali pertama aku tgok citer nie masa kat tv hari tu emmm aku ingat kan xbest sgt tp peh rupa2nya memang best hehe...mana tak nya cinta yg lahir begitu islamic...meyentuh sanubari ku nie hehe... Detik percintaan itu ternyata telah berjaya menyentuh hati aku sendiri tatkala menonton karya filem ini. Kisah cinta ini punya mesej dakwah, punya elemen mengajak yang terbit daripada peribadi Fahri yang sungguh lurus yang masih kurang kenal akan perihal gadis.and, percaya pada jodoh je.



Sebuah kisah cinta dan bukan sekadar kisah cinta yang biasa. Sebuah kisah tentang cara cinta dan persoalan hidup yang harus ditempuh mengikut norma Islam rugi kalau korang xtgok



citer diakan like mcmnie lah. Fahri seorang pelajar Indonesia yang berusaha untuk menyelesaikan pengajian sarjananya di al-Azhar yang mana bumi Mesir itu penuh dengan debut pasir - panas sejuk. Fahri seorang yang punya matlamat hidup dan memilih kesederhanaan hidup. Selain, menjadi penterjemah buku-buku agama. Matlamat itu dilakukan oleh Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: berkahwin.
Kenapa? Kerana Fahri merupakan seorang lelaki yang taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak pernah kenal erti couple sebelum bernikah bagus mcmnie xpyh ader2 bf dulu/ gf hehe. Kerna kurang bergaul dengan insan bernama perempuan. Hanya perempuan yang dekat dengannya saja didampinginya. Neneknya, ibunya dan saudara perempuannya.Pun begitu, bila Fahri pindah ke Mesir, segalanya mula berubah. Fahri tinggal di sebuah flat yang mana di situ ada jiran tetangga yang beragama Kristian yang mengagumi al-Quran. Maria Girgis, amat menganggumi Fahri. Kekagummannya itu mula berubah pada bibit cinta. Sayangnya, cinta Maria itu hanya bisa tercurah dalam diarinya saja. tp maria nie aku xsuka sgt watak dia huhu..
Pada masa yang sama, ada Nurul. Anak seorang kiyai yang terkenal yang juga sedang melanjutkan pengajiannya di al-Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Tapi, atas sebab latarbelakang Fahri itu seorang anak keturunan petani, hasratnya hanya dipendam saja.
Berhampiran dengan flat Fahri menetap itu, ada Noura. Juga merupakan jiran tetangganya yang dijaga oleh ayahnya sendiri. Fahri sangat berasa empati dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayangnya, dia hanya empati saja. Tidak lebih dari itu. Namun, Noura mengharap lebih dari itu, dia ingin Fahri menjadikan dirinya sebagai suri hatinya. Akibat cintanya itu seperti tidak diendah oleh si Fahri, Noura menuduh Fahri memperkosanya.
Watak Aisha.(paling aku kagumi kalau ader girl mcmnie lg) Punya mata yang indah itu telah berhasil menyihir Fahri (like jatuh cinta lah maksud aku bkn pakai bomoh hihi). Sejak pertemuan mereka di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan jumud, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Sejak itu, Fahri mula tidak mampu untuk menipu isi hatinya.
Siapa yang akan dipilih oleh Fahri? Maria? Aisha? Noura?
tntulah aisya...but peh penuh dgan tragis...and dari cerita nie jugak aku telah mgenal cinta...bagaimana cinta itu harus di cari...bkn dgn nafsu but dgn akal dan agama insyallah..

Posted in |

0 comments: