-pahaLa seLepas mati-

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Posted in | 0 comments

-5 perkara-

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya 1:wajah yang cantik 2 duit yang banyak 3:kesihatan yang baik 4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita 5:tidur yang nenyak tanpa ganguan.. senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’

Posted in | 0 comments

siapa paLing cantik...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar
dan
guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput
di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang
berada di
depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya
pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh
ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi
dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah
rumput
yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih
baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika
kita
berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara
yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang
itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak
ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.

Posted in | 0 comments

keLebihan sembahyang ,aLam...

"Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebuti ALLAH." -Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.

Tujuannya

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ' ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.

Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat pelbagai sanjungan dan galakan supaya manusia mengejar fadhilat sembahyang malam, firman ALLAH Ta'ala:

" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." - Al - Isra' (79).

Posted in | 0 comments

jaga 7 sunah Rasulullah s.a.w...

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Posted in | 0 comments

soLat..

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Dzuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya. .

Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya .

Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Posted in | 0 comments

bermuLa dgn sekadar mengorat...

Bermula dgn sekadar mengorat..
Lalu bertemu di satu tempat..
Maka tangan pun mula melarat..
Lawan peluk..wah..Hebat!!!
Bila peluk mau sma rapat..
Nafas pun tersekat..
Lekat la cop merata tmpt..
Lupalah Allah dan Malaikat..
Kerana nafsu maka lhirlah ank tak cukup sifat..
Lalu dibuang merata tempat..
Astaghfirullahalazim..
Minx simpang malaikat 44..
Ingtlah whai shbt sbgai nsht..

Sesungguhnya dunia tggu msa utk kiamat..
Beringatla wahai umat..
Dunia ini hanya sementara..
Hanya akhrt yg kkal abadi..
Jgn terlalu mengejar duniawi,
igtlah bhwa smua itu tak boleh dibawa mati..

Posted in | 0 comments

bermuLa dgn sekadar mengorat...

Bermula dgn sekadar mengorat..
Lalu bertemu di satu tempat..
Maka tangan pun mula melarat..
Lawan peluk..wah..Hebat!!!
Bila peluk mau sma rapat..
Nafas pun tersekat..
Lekat la cop merata tmpt..
Lupalah Allah dan Malaikat..
Kerana nafsu maka lhirlah ank tak cukup sifat..
Lalu dibuang merata tempat..
Astaghfirullahalazim..
Minx simpang malaikat 44..
Ingtlah whai shbt sbgai nsht..

Sesungguhnya dunia tggu msa utk kiamat..
Beringatla wahai umat..
Dunia ini hanya sementara..
Hanya akhrt yg kkal abadi..
Jgn terlalu mengejar duniawi,
igtlah bhwa smua itu tak boleh dibawa mati..

Posted in | 0 comments

4 goLongan LeLaki...

A4 golongan lelaki yang ditarik oleh perempuan ke neraka
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga ..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN. Wassalam.

Posted in | 0 comments