siapa paLing cantik...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada
seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar
dan
guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput
di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang
berada di
depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya
pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh
ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi
dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah
rumput
yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan
seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih
baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku
tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika
kita
berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara
yang
menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang
itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak
ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.

Posted in |

0 comments: