CERITA YANG HARUS DIKONGSI BERSAMA UTK PEDOMAN KITA SEMUA...

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu
zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan
sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya
dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka
diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas"
Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan,
maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa
besar". (Riwayat Al- Hakim)
Wallahua'lam
SEKSA NERAKA BUKANKEPALANG
--------------------------------------------- ------
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam
kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar
tubuhnya siang dan malam tiada
henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan
sembahyang Subuh."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari,kemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi
kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana
meninggalkan sembahyang Asar, begitulah
seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan
seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat..
CUAI SOLAT LIMAWAKTU
-----------------------------------------
Didal am neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka.Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.
PEMINUM ARAK
-------------------------
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu ditengkuk dan
ditangan mereka. Kemudian mereka disula dengan
api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru, "Inilah si polan anak si
polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari
kubur dengan bau mulut yang teramat busuk(bau arak), hingga terganggu
manusia
yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau
busuk.
Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka
Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut
mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas
kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama
seribu tahun lamanya.
Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana
ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala
mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk
mereka.
MENGKIANATI HARTA
-----------------------------------
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke
dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat
akan menekan kepada mereka supaya menyelam semula serta dipukul kepala
mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai.
Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.
AZAB BAGI YANGKEDEKUT
-------------------------------------------
M ereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada di-sedekahkan atau
dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang
berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.
SAKSI BOHONG
------------------------
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh
daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah
seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.
MENGUMPAT
---------------------
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan
rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih
semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi.
Didalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu.
Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap
cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada
pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang
tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.
Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih
dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar
daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang
kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlahtaubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah
swt, dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang
kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan
diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada
kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh
harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di
samping memohon keampunanAllah swt.
Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan
mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
Wallahua'lam.

Posted in |

0 comments: